Tapis




Tapis adalah sejenis kain tradisional berbentuk menyerupai sarung yang dibuat dari tenunan benang katun (kapas) dengan motif beranekaragam, seperti: geometris, manusia, menader, alam, flora, dan fauna yang disulam memakai sistem cucuk dengan benang emas, benang sutera, dan atau benang perak. Kain ini umumnya dikenakan oleh para perempuan Lampung untuk menutupi tubuh bagian pinggang ke bawah
Sejak kapan kain tapis mulai dibuat oleh orang Lampung sudah tidak diketahui lagi. Namun menurut sejarawan Robyn dan John Maxel memperkirakan kerajinan tenun menggunakan kapas baru diperkenalkan pedagang asing yang singgah di Lampung pada sekitar abad ke-7 

Pada tahun 1950, para pengrajin tapis masih menggunakan bahan hasil pengolahan sendiri, khususnya untuk bahan tenun. Proses pengolahannya menggunakan sistim ikat, sedangkan penggunaan benang emas telah dikenal sejak lama.



Bahan-bahan baku itu antara lain:
1.    Khambak/kapas digunakan untuk membuat benang.
2.    Kepompong ulat sutera untuk membuat benang sutera.
3.    Pantis/lilin sarang lebah untuk meregangkan benang.
4.    Akar serai wangi untuk pengawet benang.
5.    Daun sirih untuk membuat warna kain tidak luntur.
6.    Buah pinang muda, daun pacar, kulit kayu kejal untuk pewarna merah.
7.    Kulit kayu salam, kulit kayu rambutan untuk pewarna hitam.
8.    Kulit kayu mahoni atau kalit kayu durian untuk pewarna coklat.
9.    Buah deduku atau daun talom untuk pewarna biru.
10. Kunyit dan kapur sirih untuk pewarna kuning.
Pada saat ini bahan-bahan tersebut diatas sudah jarang digunakan lagi, oleh karena pengganti bahan-bahan diatas tersebut sudah banyak diperdagangkan di pasaran.


Peralatan tenun kain tapis
Proses pembuatan tenun kain tapis menggunakn peralatan-peralatan sebagai berikut:
Sesang yaitu alat untuk menyusun benang sebelum dipasang pada alat tenun.
Mattakh yaitu alat untuk menenun kain tapis yang terdiri dari bagian alat-alat:

1.    Terikan (alat menggulung benang)

2.    Cacap (alat untuk meletakkan alat-alat mettakh)

3.    Belida (alat untuk merapatkan benang)

4.    Kusuran (alat untuk menyusun benang dan memisahkan benang)

5.    Apik (alat untuk menahan rentangan benang dan menggulung hasil tenunan)

6.    Guyun (alat untuk mengatur benang)

7.    Ijan atau Peneken (tunjangan kaki penenun)

8.    Sekeli (alat untuk tempat gulungan benang pakan, yaitu benang yang dimasukkan 
melintang)

9.    Terupong/Teropong (alat untuk memasukkan benang pakan ke tenunan)

10. Amben (alat penahan punggung penenun)

11. Tekang yaitu alat untuk merentangkan kain pada saat menyulam benang emas.


Kejadian di Jalan Raya








jalan raya sudah ada sejak manusia memerlukan area untuk berjalan terlebih-lebih setelah menemukan kendaraan beroda diantaranya berupa kereta yang ditarik kuda. Tidak jelas dikatakan bahwa peradaban mana yang lebih dahulu membuat jalan raya. Akan tetapi hampir semua peradaban tidak terlepas dari keberadaan jalan raya tersebut.

Salah satu sumber mengatakan bahwa jalan raya muncul pada 3000 SM. Jalan tersebut masih berupa jalan setapak dengan kontruksi sesuai dengan kendaraan beroda padaknya diduga antara masa itu. Letaknya diduga antara Pegunungan Kaukasus dan Teluk Persia.


Kemalangan ialah kejadian buruk yang berlaku tanpa diduga dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Kemalangan di jalan raya kerap berlaku di negara ini terutama dalam keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan. Kemalangan melibatkan semua pengguna jalan raya. Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan ringan, kecederaan parah dan kematian. Banyak sebab berlakunya kemalangan ini.


Punca kemalangan yang pertama ialah sikap negatif pengguna jalan raya seperti suka memandu dengan laju.Kereta yang dipandu terlalu laju sukar dikawal dan diberhentikan jika terdapat halangan di hadapan. Kenderaan yang dipandu laju biasanya akan terbabas melanggar tiang lampu jalan atau jatuh ke dalam longkang.


Selain itu, terdapat juga beberapa perbuatan pemandu yang boleh menyebabkan kemalangan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Penggunaan telefon bimbit menyebabkan seseorang pemandu hilang tumpuan dan perhatian. Mereka juga tidak dapat mengendalikan kenderaan mereka dengan baik kerana menggunakan sebelah tangan saja.


Di samping itu, terdapat juga kes kemalangan disebabkan oleh pemandu kenderaan yang mabuk atau berada dalam keadaan khayal kerana pengambilan arak atau dadah. Pemandu yang tidak akan dapat berfikir dengan waras tidak akan dapat mengawal pergerakan tangan dan kaki mereka dengan baik.

Faktor fizikal jalan raya juga menjadi punca kemalangan. Jalan raya yang bengkang-bengkok, terlalu sempit, bersimpang-siur dan berlubang-lubang akan mengganggu kelancaran pemanduan. Keadaan ini lebih berbahaya jika jalan raya tidak dilengkapi lampu jalan.Keadaan gelap-gelita ini akan menyukarkan pemandu mengawal kenderaannya.


Seterusnya terdapat juga kemalangan disebabkan oleh sikap cuai pengguna jalan raya seperti pejalan kaki yang tidak memerhati keadaan lalu lintas sebelum melintas jalan raya atau tidak menggunakan jejantas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Tidak kurang juga kanak-kanak yang bermain-main seperti bertolak-tolakan semasa di jalan raya.


Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Faktor sikap dan kelemahan manusia adalah yang paling kerap menjadi punca kemalangan. Oleh itu, untuk mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya, manusia haruslah terlebih dahulu mengubah sikap mereka.

Translator